Pelakon Ezzanie Jasny sekali lagi menjadi mangsa gangguan akaun palsu yang didakwa menyamar sebagai dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Memang Dah Melampau, Ibu Bapa Saya Hidup Lagi’ – Ezzanie Jasny
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Hanya Ketawa Dakwaan Alami Culture Shock – ‘Saya Bukan Dari Kampung, Duduk Bandar’
Akaun palsu
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, itu memuat naik DM (direct message) daripada sebuah akaun palsu yang dilihat bukan sahaja menggunakan identitinya malah menyebarkan mesej berbaur ugutan.
Dah banyak kali terjadi, tak habis-habis buat akaun palsu guna nama dan gambar aku.
Selepas itu post benda tak betul, join live orang dan cuba untuk sebarkan kebencian dan perkara negatif.
Justeru, Ezzanie mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan akaun palsu tersebut.
Awak semua jangan tertipu, jangan terlibat dan tak payah layan.
Setiap kali nampak akaun baru, follower sikit atau likes tak banyak..dah boleh agak itu akaun palsu.
Teguran Ezzany

Dalam masa sama, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu meminta individu di sebalik akaun palsu berkenaan supaya menghentikan perbuatan tersebut.
Untuk individu yang buat benda ini, dah boleh muhasabah diri, ingat Tuhan dan bawa-bawalah mengucap.
Dah boleh berhenti. Gunakanlah masa dan tenaga untuk benda yang baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet risau dengan keselamatan Ezzanie dan menasihatinya supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa selain menghindari daripada berkongsi maklumat peribadi di media sosial.
Sebelum ini, Ezzanie memaklumkan telah membuat laporan polis selepas menjadi mangsa gangguan individu tidak bertanggungjawab yang didakwa telah mencipta akaun palsu menggunakan nama serta gambarnya.
Lebih parah, Ezzanie berkata, akaun palsu itu bukan sahaja menyamar sebagai dirinya malah turut menyebarkan fitnah berkaitan keluarga sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ramai.
Sumber: Thread Ezzany Jasny
The post Akaun Palsu Hantar Mesej Berbaur Ugutan, Ezzanie Jasny Minta Orang Ramai Jangan Mudah Tertipu first appeared on OHBULAN!.





