33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Akan Kongsi Apa Yang Saya Rasa Patut’- Norreen Iman

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman memilih untuk menoktahkan segala persoalan mengenai rumah tangganya yang kini hangat dikatakan di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Mahu Hidup Tenang, Tepis Dakwaan Perkahwinan Bergolak – ‘Apa Yang Jadi Di Rumah, Kekal Di Rumah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Gigih Ke ‘Gym’ Untuk Kurus – ‘Saya Nak Muscles Baby’

    ‘Doakan kebahagiaan saya’

    Enggan memberikan jawapan secara jelas, pemilik nama Norreen Iman Abdullah, 31, menegaskan dia tidak lagi mahu menjawab sebarang soalan berhubung status perkahwinannya.

    Tiada lagi soalan tentang perkahwinan saya. Saya akan berkongsi apa yang saya rasa patut.

    Saya akan jalani hidup saya mengikut cara saya sendiri.

    Dalam kenyataan pendek yang disertakan gambar bersama suaminya, Razzi Razak, Norreen cuma berharap orang ramai menitipkan doa yang baik buatnya.

    Saya okay cuma doakan kebahagiaan saya sebab itulah yang saya buat, hasilkan video untuk gembirakan kalian.

    Saya akan sentiasa jadi ‘Mommy’, dia pula akan sentiasa jadi ‘Babah’ untuk anak-anak kami.

    Sebelum ini, desas-desus yang mendakwa Norreen telah bercerai mula menjadi bualan hangat selepas beberapa muat naik di laman sosial miliknya mencetuskan tanda tanya.

    MENARIK:  Ifa Raziah Tarik Diri Daripada Sertai Acara Festival Mega Raya StarVendors

    Bagaimanapun, Norreen menafikan rumah tangganya bersama suami sedang bergolak sekali gus menegaskan mahligai perkahwinan yang dibina masih utuh.

    Sekadar info, Norreen dan Razzi berkahwin pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Akan Kongsi Apa Yang Saya Rasa Patut’- Norreen Iman first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah