Penyanyi dan pengacara, Alif Satar, bakal menyambut kelahiran cahaya mata keempatnya, iaitu bayi perempuan yang dijangka akan dilahirkan pada hari raya kedua ini.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar
Artikel Berkaitan: Alif Satar Mahu Tayang Semula Temu Bual Dengan Banduan Untuk Kesedaran – ‘Berjalan Masuk Ke Penjara Pengalaman Paling Menakutkan’
Menambahkan kegembiraan Aidilfitri

Ketika ditemui oleh , Alif atau nama penuhnya Muhammad Aliff Mohd Satar, 36, berkongsi bahawa isterinya, iaitu Shadila Halid, akan melahirkan anak secara pembedahan.
Menurut Alif, kelahiran itu menambahkan lagi kegembiraan sambutan Aidilfitri keluarga mereka tahun ini.
Alhamdulillah, saya rasa gembira sangat nak sambut baby baru.
Ketiga-tiga anak saya pun semakin membesar, mereka juga tidak sabar menantikan kelahiran adik baru.
Sepanjang bulan Ramadan ini ada dua soalan yang mereka selalu bertanya pada saya dan isteri, iaitu pukul berapa waktu berbuka dan bayi dalam kandungan sudah besar mana?
Hanya dua soalan ini sahaja mereka ulang-ulang tanya pada saya.
Saya tengok anak-anak pun sangat excited untuk tahu bila adik baru mereka dilahirkan dan berapa umur bayi itu sekarang?
Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen ‘Baju Raya Lama Baharu’, anjuran Sun Life Malaysia dengan kerjasama Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita Bangsar, pada Rabu.
Kandungan dalam keadaan sihat

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ memaklumkan dia sudah mula membiasakan diri dengan rutin berjaga malam beberapa bulan lalu sebagai persediaan awal.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cukup Indah bersyukur isterinya sihat dan masih dapat menunaikan puasa dengan lancar walaupun sedang sarat hamil.
Alhamdulillah, kandungan berada dalam keadaan sihat.
Isteri saya pun dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini, dia juga tetap bangun sahur dan masak untuk kami sekeluarga.
Perancangan pada satu Syawal nanti kami akan beraya seperti biasa.
Pada sebelah siang, insyaAllah kami akan beraya seperti biasa.
Pada petangnya pula, isteri saya akan daftar masuk ke hospital dan kalau tiada sebarang halangan, mungkin pada waktu subuh hari raya kedua bayi kami akan dilahirkan.
Tetapi, ini perancangan sahaja kerana semuanya atas ketentuan Allah.
Kalau Allah kata satu dua hari lagi anak akan lahir, saya pun tak boleh nak kata apa.
Sekadar info, Alif Satar sah bergelar suami kepada Shadila Halid pada September 2014 dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca, dan Muhammad Ali.
The post ‘Mungkin Subuh Raya Kedua Isteri Saya Akan Bersalin’ – Alif Satar Bakal Timang Cahaya Mata Keempat first appeared on OHBULAN!.





