
Pepatah Melayu ada mengatakan ‘jauh perjalanan, luas pandangan’, itu adalah pengalaman yang akan sentiasa berada dalam ingatan apabila Air Asia X bersama Visit Victoria menunaikan impian untuk menerokai bumi Australia pada musim luruh baru-baru ini.
Jangan lepaskan peluang!
1. Berkayak sambil tengok matahari terbenam

Pemandangan warna langit jingga kemerah-merahan dengan ketenangan air sungai Yarra membuatkan kami tidak terasa dayungan kayak selama kira-kira lebih satu jam. Dalam masa yang sama, juga berpeluang untuk mendayung menyelusuri beberapa bangunan ikonik di Melbourne.
2. Stand Up Paddling

Pastinya aktiviti ini bukan mudah kerana perlu mengimbangi badan sambil mendayung di persisiran laut. Namun segalanya selamat apabila instructor daripada pihak Wild Adventures Melbourne (WAM) banyak memberi tunjuk ajar.
Turut serta ke Melbourne adalah personaliti media sosial iaitu Mek Yun. Menurut Mek Yun, aktiviti ini antara yang paling digemarinya kerana berpeluang melihat hidupan laut dalam kejernihan air yang membiru meskipun mengakui ianya agak mencabar.
Sebelum datang ke sini lagi inilah antara aktiviti yang saya tunggu-tunggu. Namun tidak dapat saya nafikan apabila jatuh ke dalam air ianya menjadi agak sukar dan mencabar untuk saya bangun semula.
Tetapi aktiviti ini pada saya lain daripada yang lain kerana ianya sangat menyeronokkan. Bila masuk sahaja dalam air terasa segar malah saya juga ada ternampak ikan pari yang sangat besar!
3. Peninsular Hot Springs
View this post on Instagram
Bagi , Peninsula Hot Spring yang terletak di Mornington Peninsula adalah antara tempat yang wajib dkunjungi jika berpeluang ke Melbourne kerana anda dapat memanjakan diri ketika cuaca sejuk di dalam kolam air panas.
Bukan itu sahaja, tempat ini juga menyediakan kemudahan lain antaranya Moroccan hamam, Turkish hamam, spa, sauna, cafe, pentas, geothermal pool, ice cave dan paling menarik kami berpeluang mandi dalam sebuah kolam di kawasan puncak bukit dengan permandangan indah 360 darjah.
4. Berbasikal sekitar bandar Melbourne

Ini merupakan pengalaman pertama , mengayuh basikal hampir 13km di kawasan bandar Melbourne. Meskipun agak mencabar kerana ramai orang dan kenderaan, namun bandar ini sangat mesra dengan pejalan kaki serta penunggang basikal.
Jadi, anda tidak perlu risau, kerana terdapat perkhidmatan tour guide yang ditawarkan oleh Melbourne by Bike City Hour untuk membantu anda sepanjang perjalanan.
Melbourne di mata kami
View this post on Instagram
1. Arthurs Seat Eagle

Nikmati keindahan permandangan spektakular merentasi Mornington Peninsular dan Port Philip dengan menaiki gondola di Arthurs Seat Eagle.
Bagi yang takut dengan ketinggian, jangan risau setiap kabin gondola ini sangat selesa dan pastinya selamat untuk dinaiki. yakin anda akan lupa perasaan takut itu apabila melihat seluruh kawasan ini yang turut dikelilingi dengan alam semula jadi.
2. Searoad Ferries Queenscliff

Angin yang meniup sepanjang 45 minit perjalanan di atas Searoad Ferries Queenscliff ternyata memberikan rasa nyaman sambil melihat laut yang tenang. Kalau bernasib baik, anda boleh bertemu dengan ikan lumba-lumba yang berenang di perairan ini.
3. Puffing Billy Railway

Puffing Billy Railway juga antara yang paling ditunggu-tunggu kerana dapat merasai sendiri pengalaman menaiki kerata api lama sambil duduk ditingkap dan menghayunkan kaki.
Vibes Puffing Billy ini macam zaman dulu-dulu tau! Sangat klasik dan tidak terasa langsung jauhnya perjalanan kerana dapat menikmati permandangan indah dari dalam gerabak.
4. Moonlit Sanctuary

Tak sah datang Australia kalau tak tengok koala dan kanggaru bukan? pun tidak melepaskan peluang ke Moonlit Sanctuary untuk melihat haiwan-haiwan tersebut.
Dalam pada itu, Mek Yun juga turut teruja apabila pertama kali dapat merasai pengalaman memegang koala dan memberi kanggaru makan.
Koala sangat comel! Saya juga baru tahu setiap tempat yang memelihara haiwan tersebut mempunyai peraturan berbeza terhadap pengunjung. Seperti di Moonlit Sanctuary, kami hanya dapat pegang sahaja tetapi tidak dibenarkan untuk memeluk koala.
Namun pada saya, itu pun satu pengalaman yang best!
Selain koala dan kanggaru, antara haiwan lain yang turut terdapat di sini adalah walabi, Tasmanian Devil dan pelbagai spesis burung.
Takkan tak OOTD?

1.Brighton Beach Bathing Boxes
Bagi yang suka OOTD, inilah masanya untuk kongsikan dengan followers anda keunikan Brighton Beach Bathing Boxes yang merupakan tempat wajib dikunjungi setibanya anda di Melbourne. Bathing boxes di sini mempunyai lebih daripada 80 buah dengan corak yang berwarna-warni.
2.Geelong Bollards

Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam ke Geelong ternyata berbaloi bagi menyaksikan permandangan laut dengan keunikan hasil seni oleh Jan Mitchell yang mengubah kayu dan cerucuk lama dari jeti menjadi karya yang luar biasa.
3. KaBloom Flower Festival

Kunjungan ke Melbourne pada musim luruh disambut dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang boleh didapati di KaBloom Flower Festival.
Menurut pelakon Rita Nadira, sangat berbaloi untuk ke KaBloom Flower Festival kerana terdapat banyak tarikan yang disediakan untuk seisi keluarga.
Pada saya tempat ini sendiri sudah memberikan tarikan yang menarik kepada pengunjung. Bunga-bunga yang ditanam sangat cantik dan mereka sangat kreatif menghias tempat tersebut.
Lokasi ini bukan untuk kita melihat bunga semata-mata tetapi banyak aktiviti menarik yang boleh didapati antaranya storytelling untuk kanak-kanak, persembahan belon buih, persembahan tarian dan muzik, malah pengunjung juga boleh berpiknik di sini.
Tiada istilah penat ketika mengunjungi negara yang penuh tenteram dan damai ini. Namun jika anda berasa belum cukup puas, jangan risau kerana masih banyak lagi tarikan di Melbourne yang akan dikongsikan pada bahagian kedua percutian ke sana.





