Pelakon Afifah Nasir selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Syukur Dikurniakan Ibu Yang Hebat, Tak Pernah Meminta Pada Anak-Anak– ‘Mama Malu Nak Susahkan Walaupun Kami Mampu’
Cahaya mata sulung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Nur Afifah Nasir, 32, meluahkan rasa syukur atas kelahirannya yang pertama.
Diciptakan dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh Allah.
Alhamdulillah, cahaya mata kami.
Anugerah terindah dari-Nya.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir turut berkongsi nama yang dipilih bagi putera sulungnya.
Syed Armand Mateen telah selamat dilahirkan ke dunia ini.
Pada Mei lalu, Afifah berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas setahun melayari bahtera perkahwinan.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram @afifahnasir
The post Afifah Nasir Selamat Bersalin, Nama Syed Armand Mateen Jadi Pilihan first appeared on OHBULAN!.





