Penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu didakwa sudah kembali rujuk semula dalam tempoh idah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Mengaku Tinggalkan Bekas Suami Tepi Jalan, Enggan Dedah Punca Perbalahan – ‘Cukup Kami Berdua Tahu’
Sudah rujuk?

Memetik laporan Mstar, Adnan didakwa telah memfailkan permohonan pengesahan rujuk kira-kira dua hari lalu.
Dakwaan itu turut diperkuatkan apabila permohonan pengesahan rujuk tersebut dilaporkan telah dikemukakan di Mahkamah Syariah Gombak Barat dengan tarikh sebutan kes dijadualkan pada pertengahan Januari 2026.
Walau bagaimanapun, setakat ini kedua-dua pihak masih belum tampil mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan.
Sementara itu, kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi mengakui terkejut membaca laporan berita mengenai dakwaan adiknya sudah kembali rujuk.
Celah mana pula, satu keluarga terkejut mendadak ini.
Imbas kembali, Adira dan Adnan melangsungkan perkahwinan pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Mereka sah bercerai pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.
Meskipun sudah berpisah, Adira dan Adnan masih menjaga hubungan baik dan kerap berjumpa demi anak-anak.
Sumber: Mstar
The post Adira & Datuk Red Didakwa Sudah Kembali Rujuk? Kakak Respon – ‘Celah Mana? Satu Keluarga Terkejut’ first appeared on OHBULAN!.





