26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adik Nur Nilam Ortiz Dakwa Bakal Madu Datang Serang Di Rumah – ‘Nasib Baik Waktu Itu Saya & Abang Azlan Ada’

    Shopee Sale



    Nur Nilam Ortiz

    Adik kepada pelakon, Nur Nilam Ortiz yang dikenali sebagai Epul mendakwa bakal madu aktres tersebut datang menyerangnya di rumah.

    Bakal madu serang

    Nur Nilam Ortiz

    Menerusi hantaran di TikTok, Epul mendakwa, wanita terbabit secara tiba-tiba berdiri di hadapan kediaman mereka dan ingin mencetuskan pergaduhan.

    Jelas Epul, mujur ketika kejadian berlaku, dia dan suami Nur Nilam, aktor Azlan Komeng berada di rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

    Ada seorang perempuan gila datang rumah serang kakak aku. Aku geram s*al. Aku rasa semua tahu fasal kes kakak aku, Nur Nilam dengan Azlan Komeng.

    Perempuan tu terpacak dengan rumah nak serang kakak. Nasib baik ketika itu aku dan abang Azlan ada di rumah.

    Aku dah cakap dengan kakak pergi buat laporan polis, tapi abang Azlan tahan. Kalau ikutkan hati aku, ini (tunjuk penumbuk) dah pergi singgah muka dia.

    Geram

    Nur Nilam Ortiz

    Enggan masuk campur polemik antara Nur Nilam dan Azlan, Epul bagaimanapun berasa geram dengan tindakan wanita berkenaan yang datang ke rumah mereka sesuka hati.

    Aku sebenarnya tak suka masuk campur urusan kakak dan abang Azlan, biar mereka selesaikan sendiri hal mereka.

    Tapi aku ikut kemahuan abang Azlan untuk pujuk kakak, aku turutkan sahaja.

    Tapi kes serang datang rumah itu memang aku geram. Kepada perempuan itu, kalau aku jumpa kau dekat luar, memang ini (penumbuk) makan muka.

    Kalau ada barang dekat tangan, memang aku lempar dekat muka dia.

    Sejak beberapa bulan lalu, kecoh apabila Azlan dikatakan bakal berkahwin seorang lagi.

    MENARIK:  Azhar Sulaiman mendedahkan Leona dan dirinya menderita penyakit keturunan dan memerlukan ubat untuk rawatan – Lagu Ketipak Ketipung Raya Salah Lirik.

    Selain itu, sebuah hantaran yang dikongsikan Nur Nilam menuai perhatian apabila dia memuat naik video hadir ke sebuah mahkamah syariah.

    Selang beberapa hari kemudian, Azlan mengesahkan isterinya sudah memfailkan fasakh namun dinafikan oleh Nur Nilam.

    Untuk rekod, Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah