29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adam Corrie Nasihat Mualaf Bertatu – ‘Pakailah Baju Berlengan Panjang, Untuk Jaga Adab & Elak Fitnah’

    Shopee Sale

    Pelakon Adam Corrie, berkongsi penjelasan dan pandangannya terhadap individu-individu yang bergelar mualaf yang mempunyai tatu di tubuh badan mereka.

    Artikel Berkaitan: Adam Corrie Respon Isu Kekasih Ben Amir Diserang Netizen Kerana Penampilan – ‘Mualaf Sedang Bertatih & Cari Kekuatan’

    Artikel Berkaitan: Adam Corrie Kesal Berita Palsu Kematian Tersebar Di Internet – ‘Saya Masih Sihat & Aktif Seperti Biasa’

    Jaga adab

    Menerusi laman Threads, Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, menitipkan nasihat supaya setiap insan yang telah menerima hidayah Allah SWT perlu berusaha menjaga diri daripada fitnah, dengan menyembunyikan bahagian anggota badan yang bertatu.

    Apabila kita sudah terima syahadah, apa yang mampu kita elakan, kita cuba elakan.

    Contoh ada tatu di tangan, pakailah baju berlengan panjang bukan kerana malu dengan manusia tetapi kerana mahu menjaga adab dan mengelakkan fitnah.

    Dalam hantaran yang sama, Adam juga berkongsi tentang hadis berkenaan penghapusan dosa lalu oleh Allah SWT.

    Apabila seseorang memeluk Islam, maka semua dosa lampau dihapuskan termasuk tatu yang dibuat sebelum syahadah.

    Ia berdasarkan hadis:

    ‘Islam itu menghapus dosa-dosa sebelumnya.’ (HR Muslim)

    Jadi tiada dosa lagi atas tatu yang dibuat sebelum memeluk Islam.

    Buang tatu

    Bagaimanapun, Adam berkata bahawa menyembunyikan tatu adalah pilihan individu dan bukan suatu paksaan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Lately Ini Alahan Makin Teruk’ – Mual Makin Teruk & Tak Boleh Makan Bawang, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil?

    Selain itu, membuang tatu juga tidak diwajibkan sekiranya tindakan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, kerana Islam tidak pernah membebankan penganutnya. Namun, sebagai seorang Muslim, perbuatan itu hendaklah disesali dan tidak diulangi lagi.

    Sumber: Threads Adam Corrie

    The post Adam Corrie Nasihat Mualaf Bertatu – ‘Pakailah Baju Berlengan Panjang, Untuk Jaga Adab & Elak Fitnah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah