Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi bersetuju dengan nasihat yang disampaikan oleh bapa kepada penyanyi Amira Othman iaitu Othman Abd Kadir mengenai ujian yang dilalui pasangan suami isteri dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiziwoo Kongsi Konsep Busana Resepsi Fattah Amin & Amira Othman – ‘Setiap Helaian Benang Tulang Belut & Sulaman Ayak Dijahit Dengan Doa’
‘Jangan lari rumah’

Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, setiap pasangan harus mencari titik perdamaian dan berusaha menyelesaikan masalah dengan matang walau sebesar mana ujian melanda.
Betul cakap ayah Amira Othman. Bergaduh macam mana sekali pun, jangan keluar rumah dan jangan berpisah tempat tidur. Sebab dari situlah ruang kepada….
Ucapan ayah Amira buat saya menangis sebab arwah ayah dulu tak pandai bagi nasihat panjang-panjang.
Dalam pada itu, Abby turut memaklumkan dia sendiri pernah melalui pelbagai ujian dalam rumah tangga menerusi perkahwinan terdahulu.
Oleh itu, dia menasihatkan pasangan suami isteri agar tidak mudah menyalahkan takdir atas setiap dugaan yang menimpa.
Yang pasti, kata-kata ini benar sebab saya pernah laluinya sendiri. Semua yang berlaku datang daripada usaha kita, jangan asyik salahkan takdir.
Terdahulu, ucapan penuh emosi daripada Othman pada majlis persandingan anaknya, Amira dan Fattah Amin di Johor baru-baru ini mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.
Ucapan berbentuk nasihat itu ditujukan khas buat pasangan pengantin baharu itu yang kini sedang melayari alam rumah tangga.
Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017, namun pasangan itu berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya, kini berusia lima tahun.
Sumber: Threads
The post Abby Abadi Setuju Dengan Nasihat Bapa Amira Othman, Jangan Pisah Tempat Tidur Jika Bergaduh – ‘Saya Pernah Lalui’ first appeared on OHBULAN!.





