33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabil Mahir Bangga Dengan Ayda Jebat, Sanggup Jahit Semula Bekas Caesar Demi Peminat

    Shopee Sale

    Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir, berkongsi keadaan isterinya, Ayda Jebat selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan Caesar (C-section).

    Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Jadi Inspirasi Ibu Bersalin Caesar – ‘Rezeki Allah Mudahkan Urusan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Mahir Terkejut Ulat Maggot Melekat Di Leher – ‘Lalat Beranak Ke Apa Ni?’

    Demi peminat

    View this post on Instagram

    A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 38, memaklumkan bahawa jahitan pada bekas bersalin perlu dilakukan sekiranya Ayda berhasrat untuk meneruskan komitmennya di Singapura.

    Dalam pada itu, Nabil meluahkan rasa kagum terhadap kegigihan isterinya yang meneruskan prosedur jahitan demi melunaskan janjinya untuk bertemu peminat.

    Doktor kata kalau nak pergi, kena jahit.

    Padahal doktor dah cakap tak perlu jahit sebab luka dah sembuh.

    Ayda tak mahu dijahit pada mulanya tapi dia ada janji untuk jumpa semua orang di Singapura.

    Ayda pilih untuk hadapi kesakitan hanya untuk pastikan dia ada pada hari kejadian.

    Padanya, peminat adalah keutamaannya.

    Isteri yang hebat

    Dalam hantaran sama, Nabil turut meluahkan rasa bangga terhadap pengorbanan isterinya yang tetap mengutamakan peminat meskipun dirinya masih belum pulih sepenuhnya.

    Inilah isteri saya. Masih dalam proses pemulihan. Dia masih menahan sakit.

    Namun begitu, dia tetap mahu berada di Celebfest, Singapura Jumaat ini.

    Saya nampak kekuatan di sebalik senyumannya. Saya nampak pengorbanan yang orang lain tak nampak.

    Inilah wanita yang saya kagumi, ibu kepada anak-anak saya.

    Sumber: Instagram @nabilmahir

    MENARIK:  Video: Marissa & Aslam Tidak Kekok dalam Sesi Photoshoot Pertama Mereka Bersama Selepas Isu Kahwin di Thailand - ‘Muka Seperti Serupa’

    The post Nabil Mahir Bangga Dengan Ayda Jebat, Sanggup Jahit Semula Bekas Caesar Demi Peminat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah