Pelakon, Abby Abadi mengakui pernah melakukan kesilapan ketika mendidik anak-anaknya yang telah meningkat dewasa sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Abby Abadi & Norman Hakim Selamat Bertunang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi & Azza Elite Berpelukan Selepas Baca Berita Marissa Dania Dalam Proses Cerai – ‘Jadi Versi Lebih Baik Selepas Ini’
Salah didikan
View on Threads
Berkongsi pengalaman, Abby atau nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, 49, menyifatkan cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak memainkan peranan yang besar dalam hidup mereka.
Kata Abby, antara kesilapan yang dilakukan adalah terlalu memanjakan anak-anak.
Salah didikan, terlalu dimanjakan, dibiarkan bebas nak tentukan apa suka dan tidak suka.
Tiada yang beri arahan, tiada yang kerah dari awal. Kuat ya ibu.
Abby turut mengingatkan bahawa perasaan sayang terhadap anak-anak perlu ada batas agar tidak membawa kepada kekecewaan apabila mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri pada masa hadapan.
Sayang tu berpada-pada agar tidak terlalu kecewa bila mereka dah ada kehidupan sendiri.
Abby berkongsi perkara itu selepas menjawab pertanyaan individu berkaitan cara mengendalikan anak-anak yang sudah meningkat dewasa.
Sumber: Threads
The post Abby Abadi Akui Terlalu Manjakan Anak – ‘Di Biar Bebas Tentukan Apa Yang Suka & Tak Suka’ first appeared on OHBULAN!.





