28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    69 Ditahan Dalam Op Cyber Guardian, Ratusan Ribu Fail Eksploitasi Kanak-Kanak Ditemui

    Shopee Sale

    Mohd Khalid (tengah) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan pada sidang media mengenai Ops Cyber Guardian 2026 di Bukit Aman, hari ini. Kredit foto: Ahmad Ukasyah/Harian Metro

    Bayangkan dalam satu operasi sahaja, polis sudah mengenal pasti lebih 100 individu dalam radar siasatan berkaitan jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian.

    Itu yang didedahkan menerusi Op Cyber Guardian, operasi besar-besaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyaksikan 69 individu ditahan, termasuk penjawat awam, dalam tempoh 6 hingga 8 April lalu.

    Lebih membimbangkan, operasi ini bukan sekadar melibatkan Malaysia sahaja, tetapi digerakkan secara rentas sempadan bersama tujuh negara iaitu Singapura, Thailand, Brunei, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun, membuktikan bahawa isu ini bukan lagi jenayah tempatan, tetapi rangkaian global.

    Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata operasi ini sebenarnya berlangsung lebih panjang iaitu dari 23 Mac hingga 17 April, dengan pelaksanaan serentak di Malaysia melibatkan 101 individu yang disasarkan di seluruh 14 kontinjen polis.

    Kredit: Youtube Harian Metro

    Daripada jumlah itu, 69 individu berusia antara 15 hingga 66 tahun berjaya ditahan, termasuk penjawat awam.

    Dalam serbuan sama, polis turut merampas 126 bahan kes termasuk telefon pintar dan storan digital. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah hasil pemeriksaan mengenal pasti 498,690 fail digital, dengan 204,934 daripadanya adalah bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).

    Menurut PDRM, aktiviti ini kini tidak lagi boleh dianggap sebagai jenayah individu semata-mata. Sebaliknya, ia dipercayai bergerak secara tersusun, terancang dan bermotifkan keuntungan, termasuk penggunaan e-wallet dan kod QR untuk akses bahan berbayar.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Sampai Hati Tengok Warga Emas Berniaga Tepi Jalan, Kieda Crepe Tolong Habiskan Jualan – ‘Saya Beli Semua Kemudian Pak Cik Balik Ya’

    Dan di sinilah persoalan yang mula timbul…

    Kalau dalam satu operasi sahaja sudah ada lebih 100 individu dalam radar siasatan, dan puluhan ribu fail berbahaya berjaya dirampas, tidakkah ia memberi gambaran bahawa skala sebenar mungkin jauh lebih besar daripada yang kita sangka?

    “PDRM kini sedang menyiasat sejauh mana individu dan kumpulan yang ditahan ini membentuk satu rangkaian sindiket yang terancang.

    “Sebanyak 67 kertas siasatan dibuka di bawah pelbagai peruntukan termasuk Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” tambah Mohd Khalid.

    Bila dunia digital bukan lagi ruang selamat sepenuhnya

    Kes ini sekali lagi membuka mata ramai pihak bahawa jenayah seksual kanak-kanak dalam talian bukan sekadar isu terpencil.

    Ia kini berkembang menjadi rangkaian global yang tersusun, senyap dan sukar dikesan tanpa operasi berskala besar.

    Dan mungkin sebab itu, semakin banyak pihak mula mempertikaikan semula keselamatan ruang digital untuk kanak-kanak termasuk cadangan agar akses media sosial bagi bawah 16 tahun diperketat atau dihadkan, demi melindungi mereka daripada ancaman yang tidak selalu kelihatan di permukaan.

    The post 69 Ditahan Dalam Op Cyber Guardian, Ratusan Ribu Fail Eksploitasi Kanak-Kanak Ditemui first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah