24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    3 Tahun Pendam Rasa, Suami Buntu Hadapi Masalah Bulu Ketiak Lebat Isteri – ‘Bau Tengik…Bila Tegur Katanya Normal’

    Shopee Sale

    Seorang suami meluahkan rasa buntu apabila isterinya berdepan masalah menjaga kebersihan diri sehingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka.

    Artikel Berkaitan: Wanita Maut Selepas Bersalin Di Rumah, Dipercayai Berpandukan Video YouTube

    Artikel Berkaitan: Suami Tetak Isteri Akibat Berbual Dengan Jiran Lelaki

    Bulu ketiak

    Mengakui sukar untuk menghadapi masalah itu, suami mendedahkan isterinya mempunyai bulu ketiak yang lebat sehingga berbau tengik akibat penjagaan diri tidak betul.

    Dakwa lelaki itu, isterinya pernah menyatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang normal bagi setiap insan.

    Normal ke perempuan mempunyai bulu ketiak yang lebat dan berbau tengik?

    Saya terkejut pada awal perkahwinan sebab isteri saya begitu. Masalahnya bulu ketiak dia lebih lebat daripada saya yang lelaki ini.

    Tapi dia kata normal saja, jadi selama tiga tahun ni saya anggap perkara itu adalah normal.

    Saya cuma rasa terkejut sebab saya membesar tak pernah nampak kakak saya ada bulu ketiak.

    Suami itu turut mendakwa bahawa setiap kali dia cuba mengajak isterinya berbincang mengenai perkara tersebut wanita itu akan bermasam muka.

    MENARIK:  Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Suami & Anak Perempuan Berangkat Pada Pagi Ahad

    Malah, isterinya dikatakan sanggup meninggalkan rumah dan pulang ke pangkuan ibunya apabila perkara itu dibangkitkan.

    Cuma baru ni balik kampung, saya sajalah tanya pasal perkara ini kepada kakak-kakak saya tapi mereka kata tak normal.

    Setiap kali saya berbual pasal topik ini dengan isteri dia akan merajuk dan lari rumah ibu dia.

    Masalahnya dah tiga tahun saya hadap, takkan sampai tua nak terima dan anggap normal je?

    Sumber: Threads

    The post 3 Tahun Pendam Rasa, Suami Buntu Hadapi Masalah Bulu Ketiak Lebat Isteri – ‘Bau Tengik…Bila Tegur Katanya Normal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah