28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaliha sanggah Rafizi dakwa pemilihan PKR pincang

    Shopee Sale

    Mustafa berkata justeru, pihaknya sekali lagi menafikan dakwaan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyatakan JPP gagal mengendalikan pengundian parti itu

    Lebih 280 aduan yang diterima Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR sepanjang proses pengundian parti itu yang melibatkan pelbagai peringkat termasuk semasa pencalonan, kempen dan keputusan cabang telah diteliti satu per satu.

    Pengerusi JPP Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata justeru, pihaknya sekali lagi menafikan dakwaan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyatakan JPP gagal mengendalikan pengundian parti itu kerana tidak memberi perhatian dalam menyelesaikan aduan yang diterima.

    “Saya pun telah menyatakan sebelum ini banyak aduan yang telah kita terima dan kita teliti satu per satu, kita terima lebih 280 aduan daripada pelbagai peringkat termasuklah peringkat pencalonan kemudian peringkat kempen dan seterusnya keputusan peringkat Cabang.

    “Jadi, saya menafikan kita tidak memberi perhatian (aduan), memang sekarang kita sedang memberi perhatian dan ada sebahagiannya telah pun diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Menteri kabinet ucap takziah pada keluarga Fadhlina

    Dalam pada itu, Dr Zaliha turut menyifatkan pandangan Rafizi terhadapnya itu hanyalah pandangan peribadi.

    Rafizi sebelum ini mendakwa Dr Zaliha gagal dalam mengendalikan pengundian parti itu kerana gagal menyelesaikan aduan berhubung dakwaan kepincangan yang wujud dalam pengundian peringkat Cabang.

    Dalam perkembangan sama, Dr Zaliha berkata sebanyak 251 calon telah menawarkan diri bertanding dalam pengundian PKR peringkat pusat bagi sesi 2025-2028.

    “Alhamdulillah telah selesai pada peringkat pencalonan, insya-Allah minggu hadapan, 23 Mei kita akan berdepan dengan pengundian,” katanya.

    Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, dengan pengundian pimpinan pusat diadakan pada 23 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah