28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zafrul: Ada beberapa ‘kesilapan fakta’ pada afidavit Zahid

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengakui melihat afidavit yang dikemukakan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bagi menyokong permohonan Najib Razak mendapatkan kebenaran menjalani hukuman penjara di rumah.

    Bagaimanapun Tengku Zafrul menjelaskan ada beberapa "kesilapan fakta" yang terkandung pada dokumen berkenaan.

    "Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan," katanya dalam kenyataan petang ini.

    Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberitahu tindakan tersebut bukanlan untuk mempersoalkan merit isu yang sedang berlagsung.

    MENARIK:  Influenza: Keputusan tutup sekolah bukan hanya berdasar jumlah kes

    "Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya mahkamah tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan wajar," katanya.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah