30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas

    Shopee Sale

    GLOBAL l Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka.

    Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

    Hamas mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

    Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

    MENARIK:  Pendakwaan rayu pelepasan, pembebasan Isa Samad

    Seorang pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata: “Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah