29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wujud usaha jahat tanam persepsi k’jaan diam Islam dihina – PMO

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada isu-isu semasa yang melibatkan penghinaan agama untuk membangkitkan lagi sentimen perkauman atau menabur benih kebencian.

    Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar sedar "wujud usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan yang cuba menanam persepsi "double standard" (dua darjat) dalam mengambil tindakan" terhadap kes-kes tertentu.

    "Ini tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali. Sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa," menurut kenyataan taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

    Tunku Nashrul (gambar bawah) menegaskan tuduhan dan persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina adalah "fitnah dan tidak berasas."

    Dia memetik beberapa kes penghinaan agama yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum:

    1. Apabila kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stokin, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000;

    2. Seorang lelaki persenda perkataan "Allah" didenda RM12,000 dan dipenjara 6 bulan;

    3. Peniaga jagung bakar letak notis perkauman, didenda RM400;

    4. Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.

    MENARIK:  BDS Malaysia: 8 aktivis disoal polis isu protes Caterpillar

    Hentikan hina agama, kaum

    Tuduhan dan persepsi kononnya Kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina adalah fitnah dan tidak berasas.

    "Kesemua tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara," katanya.

    Tunku Nashrul berkata tindakan berkenaan mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia.

    "Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang baik," kata taklimat harian PMO lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah