26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warden MRSM: Mara akan jumpa persatuan bekas polis, tentera

    Shopee Sale

    Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan kerjasama dengan persatuan berkaitan pesara polis dan tentera dalam usaha agensi itu mendapatkan khidmat mereka sebagai warden asrama.

    Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata cadangan yang dibawanya sebelum ini sudah mendapat lampu hijau semasa dibentangkan di hadapan anggota Majlis Mara.

    Cadangan berkenaan, katanya, juga diterima sebulat suara.

    "Kerjasama akan dilakukan bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia bagi mengenal pasti kriteria pengundian.

    “Bahagian Pendidikan Menengah Mara pula merangka garis panduan terperinci termasuk terma rujukan berkaitan tanggungjawab dan bidang tugas warden berkenaan,” katanya di Facebook hari ini.

    Baru-baru ini tular insiden buli melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

    Ekoran kejadian itu Asyraf Wajdi bertegas untuk menghantar mesej penolakan Mara kepada kegiatan buli, justeru mencadangkan agar pelajar terbabit disingkirkan dari MRSM.

    MENARIK:  Ada kemungkinan pelajar SPM dilenyek kereta pegawai polis - Saksi

    Dia yang juga Setiausaha Agung Umno turut bertegas enggan melayan sebarang rayuan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar berkenaan.

    Selain itu Asyraf Wajdi turut mencadangkan agar bekas polis atau tentera diambil bertugas menjadi warden asrama MRSM bagi mengekang kegiatan buli.

    Kata Asyraf Wajdi inisiatif menggunakan khidmat bekas polis atau tentera akan dilaksanakan sebagai projek rintis di beberapa MRSM terpilih untuk mengkaji keberkesanannya.

    "Ini adalah langkah penting bagi merealisasikan matlamat Mara untuk mewujudkan MRSM sifar buli," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah