26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Myanmar maut dibunuh teman lelaki di Johor Bahru

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga Myanmar maut dipercayai dibunuh teman lelaki dengan kesan tikaman dan kelar di badan, dalam kejadian di laluan hostel pekerja di Jalan Austin Heights 8/3, di Johor Bahru semalam.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata mangsa berusia 33 tahun diserang teman lelakinya yang juga warga Myanmar sekitar 7.40 malam.

    Beliau berkata seorang wanita asing berusia 23 tahun dan lelaki tempatan 27 tahun yang merupakan saksi kejadian, turut mengalami kecederaan ketika cuba menghalang suspek daripada terus menyerang mangsa.

    "Bagaimanapun, suspek dipercayai membunuh diri selepas kejadian dan (mayat) dijumpai di lokasi sama dengan sebilah pisau sepanjang 24 sentimeter,” katanya dalam kenyataan.

    MENARIK:  Napsiah cabar Juwairiya lagi

    Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti identiti suspek berikutan tiada dokumen diri ditemukan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

    Raub berkata dua saksi terbabit sedang menerima rawatan lanjut dan bezah siasat mayat kedua-dua individu itu dilakukan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah