29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita maut dengan kesan jerutan: Empat ahli keluarga disambung reman

    Shopee Sale

    Empat ahli keluarga kepada seorang wanita yang ditemukan maut dengan kesan jerutan pada leher di kediamannya di Indera Mahkota di Kuantan disambung reman hingga Rabu depan.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata tempoh reman tiga lelaki dan seorang wanita berumur 27 hingga 62 tahun itu disambung tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Sebelum ini, Wan Mohd Zahari dilaporkan berkata suri rumah berusia 28 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur rumahnya oleh suami mangsa kira-kira 7.30 malam, pada 14 Ogos lepas.

    Wanita itu dilaporkan tinggal bersama suami warga China yang bekerja sebagai penyelia kilang, anak lelaki berusia tiga tahun dan adik ipar perempuan berumur lapan tahun.

    MENARIK:  ‘Berita palsu’ - timb menteri nafi dituntut tunggakan cukai RM200k

    Mangsa dipercayai dibunuh dalam rumah oleh suspek dengan menjerut leher, susulan itu polis menahan kesemua individu berkenaan bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah