29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno terima banyak permohonan dari bekas ahli

    Shopee Sale

    Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menerima banyak permohonon daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan menegaskan perkara tersebut akan dibawa ke lembaga disiplin untuk menentusahkan kedudukan mereka.

    “Perkara berkenaan juga akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk dimuktamad dan diputuskan oleh majlis tertinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di Jeli hari ini.

    Mengulas tindakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar yang menyertai Bersatu, Ahmad Zahid berkata mereka bebas memilih parti yang mereka sukai.

    “Mana-Mana ahli Umno yang telah dipecat bebas untuk masuk parti yang mereka sukai dan itu adalah pilihan mereka, “ katanya.

    Semalam, Noh, 66, mengesahkan penyertaannya menjadi ahli Bersatu.

    Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu dilapor berkata permohonan menyertai Bersatu dibuat secara dalam talian dua hari lepas tanpa diketahui sesiapa dan diluluskan serta-merta.

    Sebelum ini, Noh dipecat daripada Umno kerana melanggar disiplin parti semasa PRU ke-15.

    Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan berazam meneruskan agenda Melayu dan Islam tanpa mengetepikan kepentingan agama dan bangsa lain.

    Dia juga berkata dakwaan bahawa kerajaan bersekongkol dengan DAP adalah tidak benar malah parti komponen kerajaan perpaduan itu menghormati dasar berkenaan.

    "Sepanjang lebih setahun setengah saya menjadi TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan duduk dalam jemaah menteri, DAP tidak pernah sekalipun menentang dasar Melayu dan Islam sesuai dengan perlembagaan.

    MENARIK:  Pemandu rempuh penunggang motosikal hingga maut di Melaka direman 4 hari

    "Kita bukan bersekongkol dengan DAP tetapi mereka parti komponen dalam PH.

    "Walaupun mereka hanya ada empat menteri, mereka tidak pertikai sebab menghormati bahawa menteri Umno berpengalaman untuk membantu kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

    Ahmad Zahid berkata komitmen membela kepentingan Melayu dan Islam adalah amanah yang akan diteruskan dan telah dibuktikan sebelum ini apabila kerajaan berjaya menjaga kesaksamaaan semua bangsa di Malaysia.

    Dia berkata kerajaan tidak pernah mengetepikan kebajikan penduduk di kawasan pedalaman termasuk Jeli dan Gua Musang.

    Umno, katanya, akan memastikan semua kawasan pedalaman sentiasa mendapat perhatian untuk dimajukan dan bukannya dilakukan secara bermusim termasuk ketika pilihan raya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah