26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno Sembrong gesa tarik balik penggantungan Hishammuddin

    Shopee Sale

    Umno Sembrong menggesa kepimpinan parti untuk menarik balik penggantungan terhadap bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein secara serta-merta dan tanpa syarat.

    Ketua Umno Sembrong Abdul Ghani Abdul Rashid berkata ini kali kedua dalam tempoh dua tahun mereka meluluskan usul berkenaan perkara itu.

    “Kehendak ahli-ahli di Sembrong jelas, mereka mahu penggantungan itu dilepaskan tanpa syarat,” kata Abdul Ghani seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

    Dia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat perwakilan Umno Sembrong hari ini, yang dilancarkan Pengerusi Umno Johor Onn Hafiz Ghazi.

    Hishammuddin yang juga ahli Parlimen Sembrong digantung keahlian selama enam tahun pada Januari 2023. Turut digantung adalah bekas ketua penerangan Shahril Hamdan.

    MENARIK:  'Mana wang ihsan RM30 juta dan duit raya dijanji Anwar pada pesawah?'

    Bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Umno Selangor Noh Omar pula dipecat.

    Menurut Ghani, pengalaman luas Hishammuddin dalam Umno dan kerajaan penting untuk memperkukuhkan parti dan membantu pentadbiran negara.

    Katanya lagi, penarikan balik penggantungan Hishammuddin juga penting untuk persediaan Umno dalam menghadapi PRU16.

    “Bagus kalau pemimpin-pemimpin sepertinyadapat dikembalikan. Hishammuddin seorang yang mempunyai aura tersendiri, khususnya di Parlimen Sembrong.

    "Saya hampir pasti 100 peratus pengundi Sembrong mahukan beliau kekal sebagai calon Parlimen,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah