29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno perlu bersatu, jauhi sifat serang sesama – Zafrul

    Shopee Sale

    Umno perlu bersatu padu dan menjauhi sifat menyerang sesama sendiri, kata Ahli Majlis Tertinggi parti itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

    Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan. 

    "Jika hendak mengkritik, pastikan ianya bersifat membina dan bukan membinasakan. Sudah tiba masanya kita kuatkan Umno kerana rakyat sedang menilai kita," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

    Tengku Zafrul berkata perkara itu disentuh pada ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai di Kuala Lumpur semalam. 

    Menerusi hantaran itu, Tengku Zafrul juga menyifatkan kehadirannya ke mesyuarat tersebut sebagai 'sirih pulang ke gagang' kerana Umno Bahagian Lembah Pantai merupakan permulaan beliau mendekati politik selepas mendaftar sebagai ahli pada 1998. 

    MENARIK:  'Dulu politik kayu balak, sekarang kita ubah'

    "Walaupun sekarang dah jadi Ketua Umno Bahagian Kota Raja di Selangor tapi Umno Lembah Pantai masih dekat di hati saya," katanya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah