27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umi stabil, anak nafi Adun Mahkota alami pendarahan dalaman

    Shopee Sale

    Anak perempuan Adun Mahkota, Sharifah Azizah Syed Zain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berhubung status kesihatan ibunya.

    Ia susulan Sharifah Azizah, 63, dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Johor akibat pendarahan dalaman.

    Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, anak bongsu Sharifah Azizah, Nadia Abu Bakar menjelaskan bahawa ibunya berada dalam keadaan stabil.

    “Kami bawa umi ke hospital semalam kerana dia mengalami kesukaran bernafas.

    “Ia bukan disebabkan oleh pendarahan dalaman atau kegagalan organ.

    "Dia kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat," kata Nadia.

    Awal hari ini, Ketua Wanita Umno Batu Pahat Haliza Abdullah memberitahu Berita Harian bahawa Sharifah Azizah berada dalam keadaan kritikal akibat pendarahan dalaman.

    Dia yang juga Ketua Wanita Umno Kluang, sebelum ini memegang jawatan Ketua Wanita Umno Johor.

    Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota pada pilihan raya negeri 2022.

    Sebelum ini, dia berkhidmat sebagai Adun Penawar dari 2018 hingga 2022.

    MENARIK:  Chean Chung ditempelak lepas anggap PJ tak lagi selamat buat PKR

    Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, keadaan Sharifah Azizah semakin pulih, namun pada masa ini perlu berehat.

    “Sama-sama kita berdoa agar beliau kembali sihat seperti sebelum ini,” katanya kepada media selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi Sharifah Azizah di hospital.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno Rosni Zahari pula menafikan khabar angin kononnya Adun Mahkota itu telah meninggal dunia.

    "Wanita Umno Malaysia menafikan laporan bahawa beliau telah meninggal dunia.

    "Mohon doakan semoga beliau diberi kekuatan dan kembali pulih," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah