26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UiTM 'apartheid' – Andrew jahil, kata naib canselor IPTA

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam menyokong pendirian Universiti Teknologi Mara (UiTM) menentang kemasukan bukan Bumiputera, memetik peruntukan di bawah Akta UiTM 1976 dan Perlembagaan Persekutuan.

    Jawatankuasa yang terdiri daripada 20 rektor dan naib canselor mengecam tulisan untuk membangkitkan isu itu dengan melabelkan UiTM sebagai "akademi apartheid".

    Pengerusi jawatankuasa Ekhwan Toriman menegaskan kenyataan kolumnis Malaysiakini Andrew Sia menunjukkan dia 'jahil' mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan kedudukan dan hak Bumiputera di Malaysia.

    “Dakwaan ini turut mencerminkan kedangkalan serta sifat berat sebelah penulis yang secara tidak langsung hanya merujuk istilah Bumiputera kepada kaum Melayu semata-mata.

    “Sedangkan kaum bumiputera di negara ini meliputi seluruh masyarakat peribumi Malaysia termasuklah “orang Melayu dan semua anak negeri dari mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak," kata Ekhwan memetik Pelembagaan Persekutuan.

    Pada masa sama, Ekhwan berkata jawatankuasa itu turut menyuarakan sokongan terhadap saranan Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir supaya semua pihak mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan perkauman yang boleh mengganggu objektif asal penubuhan UiTM.

    MENARIK:  ULASAN | Amanah melepas, terlepas peluang

    “Kita boleh menerima teguran serta pandangan yang membina tetapi biarlah berdasarkan fakta.

    “Kebebasan bersuara tidak seharusnya disalah guna sehingga mengabaikan adab dan adat selama ini kita pertahankan.

    "Ilmu yang dikongsi seharusnya membawa manfaat dan bukan mengganggu-gugat keharmonian masyarakat dan negara,” kata Ekhwan lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah