27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuntutan palsu: Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan

    Shopee Sale

    Seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri Perlis yang direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM132,000 telah dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan bayaran sagu hati kepada saudara baru antara 2022 hingga 2024.

    Katanya lelaki berkenaan dilepaskan semalam selepas tempoh reman enam hari yang diberikan mahkamah berakhir. Pun begitu, katanya, SPRM Perlis masih meneruskan siasatan lanjut.

    “Siasatan masih diteruskan, setakat ini belum ada tangkapan baru,” kata sumber itu hari ini.

    MENARIK:  Krisis Kabinet: Tiga senario, kerajaan Madani di persimpangan

    Pada 21 Jan lalu media melaporkan lelaki terbabit berperananan mengumpulkan dokumen saudara-saudara baru sebelum dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada golongan berkenaan.

    Difahamkan tuntutan itu melibatkan 49 saudara baru dari 2022 hingga 2024.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan bahawa lelaki berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM. Dia juga memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah