30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump sifatkan keputusan EU tak bertindak balas terhadap tarif ‘sangat bijak’

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk tidak bertindak balas segera terhadap tarif dikenakan oleh AS dan menyifatkannya sebagai "sangat bijak."

    Beliau berkata EU telah bersedia untuk mengumumkan langkah balas terhadap tarif yang dikenakannya, namun selepas melihat bagaimana AS menangani isu perdagangan dengan China, EU membuat keputusan untuk "menangguhkan tindak balas buat sementara waktu".

    "Saya fikir mereka sangat bijak," katanya semasa mesyuarat kabinet, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    MENARIK:  ULASAN | Meluruskan naratif: Antara Safwan dan Afnan

    Ditanya sama ada beliau melihat EU sebagai satu entiti tunggal atau sebagai negara individu semasa rundingan, Trump berkata: "Kami melihatnya sebagai satu blok."

    Walaupun memuji tindakan EU, Trump mengulangi dakwaannya bahawa EU ditubuhkan hanya untuk mengambil kesempatan terhadap AS.

    Pada Rabu, Trump secara mengejut menangguhkan tarif khas terhadap kebanyakan negara, kecuali China selama 90 hari.

    Sebagai tindak balas, EU turut menggantung tindakan balasnya yang telah diluluskan selama hampir tiga bulan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah