31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump: Buka semula Selat Hormuz atau neraka landa Iran

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Sabtu berkata Iran mempunyai tempoh 48 jam untuk memenuhi tuntutan Washington bagi mencapai perjanjian atau membuka semula Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

    “Masih ingat ketika saya memberi Iran tempoh 10 hari untuk sama ada membuat perjanjian atau membuka Selat Hormuz,” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

    “Masanya semakin suntuk, 48 jam sebelum ‘neraka akan melanda mereka’,” katanya.

    Pada 26 Mac, Trump berkata beliau melanjutkan tempoh rundingan nuklear Iran kepada 10 hari, sebahagiannya kerana Tehran menghantar 10 kapal tangki minyak berbendera Pakistan sebagai isyarat muhibah.

    Rantau itu berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini meragut nyawa lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.

    MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan Azizi, SPR akan umum tarikh PRK Nenggiri

    Tehran pula bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah