26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga maut, dua cedera parah dalam kemalangan di Lahad Datu

    Shopee Sale

    Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, Tungku, di Lahad Datu pada semalam. 

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 petang mengenai insiden yang melibatkan sebuah pacuan empat roda, kereta dan motosikal dengan 13 mangsa terlibat.

    "Mangsa maut merupakan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita yang berada di dalam kereta serta seorang penunggang motosikal lelaki. Mangsa yang cedera parah pula ialah seorang lelaki dan wanita yang turut berada di dalam kereta berkenaan.

    “Penunggang motosikal dan seorang individu di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tungku untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    MENARIK:  Bahrain pintas 61 peluru berpandu, 34 dron dalam serangan Iran

    Sumsoa berkata lapan individu lain yang menaiki pacuan empat roda itu iaitu empat lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam,

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah