29.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada masalah antara AMK, Pemuda Umno – Adam Adli

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda PKR (AMK), Adam Adli Abdul Halim menafikan wujud masalah dalaman antara sayap pemuda parti itu dengan Pemuda Umno.

    Dia sebaliknya berkata, perbezaan pandangan dalam hal membabitkan politik adalah perkara biasa.

    "Tidak ada masalah... itu (perbezaan pandangan) perkara biasalah," katanya ringkas ketika ditanya mengenai tindakan AMK dan Pemuda Umno berbalas kenyataan selepas PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang, 6 Jul lalu.

    Adam Adli sebelum itu menghadiri program Jumpa Orang Muda (JOM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) Pahang, di Kuantan.

    Pada program itu, seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Muhammad Nur Alif Nor Azli menggamatkan dewan ketika menjawab soalan dikemukakan Adam Adli.

    Adam Adli yang juga Timbalan Menteri KBS bertanya pelajar yang hadir pada program JOM Pahang mengenai perkara akan dilakukan mereka jika menjadi perdana menteri.

    Muhammad Nur Aliff dengan penuh bersemangat menjawab dia akan turunkan harga minyak yang disusuli sorokan gemuruh daripada kira-kira 1,300 hadirin.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesedaran politik dalam kalangan generasi muda ketika ini, Adam Adli menyifatkan perkara itu sentiasa meningkat.

    "Janganlah kerana kesedaran itu hanya berpihak kepada satu-satu pihak, kita anggap kesedaran itu tak wujud," jelasnya.

    MENARIK:  KPDN buka 15 kertas siasatan ke atas stesen minyak di sempadan

    Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai isu tunggakan gaji pemain bola sepak di negara ini, dia memaklumkan KBS menyerahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk mencari jalan penyelesaian terbaik isu berkenaan.

    "Kita di peringkat KBS tidak ada komen berkaitan isu ini kerana kita serahkan kepada FAM sepenuhnya.

    "Saya fikir di masa depan jika ada ketetapan kita akan umumkan, kalau ada perbincangan kita akan umumkan.

    "Buat masa sekarang kita tetapkan FAM uruskan hal ini sebaik mungkin," katanya.

    Media sebelum ini melaporkan hampir semua pasukan bersaing dalam Liga M berdepan masalah tunggakan gaji pemain.

    Antara pasukan itu adalah Kuala Lumpur, Sri Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Kedah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah