34 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada halangan besar untuk polis kesan anak Indira Gandhi – Tengku Maimun

    Shopee Sale

    Bekas Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata tidak sepatutnya ada halangan besar terhadap usaha pihak polis dalam mengesan anak perempuan M Indira Gandhi yang diculik.

    Bercakap dalam satu acara di Allianz Centre for Governance (ACG) di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Maimun berkata polis telah menunjukkan tahap kecekapannya dalam mengendalikan kes-kes lain.

    Secara khusus, dia merujuk kejayaan polis menahan pelaku dalam kes pembunuhan ahli perniagaan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya pada 2013 serta pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

    MENARIK:  ULASAN | Kerancuan pemikiran aktivis dan pemimpin Islam

    “Dalam kes-kes ini, polis sangat cekap (apabila) berjaya mengesan pelaku, membawa kepada pendakwaan di mahkamah.

    “Secara peribadi, saya rasa tiada halangan yang besar untuk polis mengesan anak (Indira), tetapi saya betul-betul tak tahu apa sebabnya, sehingga sekarang, anak itu masih tidak dikesan dan dipulangkan kepada ibunya,” kata Tengku Maimun.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah