25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong, jana 1.67 trilion baht

    Shopee Sale

    GLOBAL l Thailand mengalu-alukan lebih 35.5 juta pelancong antarabangsa pada 2024, melebihi sasaran 35 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 1.67 trilion baht (100 Baht = RM13.04), kata Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thianthong.

    China mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta), India (2.13 juta), Korea Selatan (1.87 juta), dan Rusia (1.75 juta).

    Sorawong turut menyuarakan keyakinan bahawa ketibaan pelancong antarabangsa akan terus menunjukkan trend peningkatan, didorong oleh faktor utama seperti langkah perjalanan yang dilonggarkan, termasuk pengecualian borang imigresen TM6 di pusat pemeriksaan sempadan darat dan usaha untuk menggalakkan syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan penerbangan.

    MENARIK:  Batu Puteh: Malaysia ada kes boleh dihujah jika Mahathir tidak hentikannya

    Thailand menyasarkan untuk menarik antara 36 hingga 39 juta pelawat antarabangsa dan menjana 1.98 hingga 2.23 trilion baht dalam hasil pelancongan.

    "Setakat 6 Januari, Thailand mencatatkan 505,411 ketibaan pelancong antarabangsa dalam tempoh lima hari pertama tahun ini, menjana anggaran pendapatan sebanyak 25.299 bilion baht," katanya.

    Dalam lima hari pertama 2025, China menyumbang bilangan pelancong tertinggi dengan 69,548 orang, diikuti Malaysia (57,127), Rusia (46,752), Korea Selatan (28,160) dan India (26,635).

    Sorawong turut menekankan unjuran perjalanan domestik bagi 2025, dengan anggaran 2.85 juta pelancong tempatan akan melakukan perjalanan dalam negara, menjana pendapatan sebanyak 13.71 bilion baht.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah