28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Teknologi AI dapat kurangkan rasuah – menteri

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kerajan melihat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dapat mengurang keputusan budi bicara selain dapat mengurangkan gejala rasuah.

    Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, (yang menjadi) masalahnya adalah individu di belakang tadbir yang membuat keputusan mempunyai keterbukaan untuk dirasuah.

    "Semua orang tahu bila bercakap mengenai SPRM sebagai contoh, hari ini dengan adanya AI secara tidak langsung sama ada suka atau tidak suka rasuah itu dapat dikurangkan.

    "Itu sebabnya teknologi ini (AI) ialah satu cara ke hadapan supaya reformasi institusi undang-undang yang baru dengan sistem teknologi yang ada akan dapat membuat perubahan supaya negara kita ini boleh melihat kurangannya keputusan budi bicara (yang) menggalakkan rasuah dibuat," katanya.

    Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) antara lain berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading).

    Aminolhuda Hassan

    Aminolhuda dalam soalan tambahannya antara lain meminta penjelasan mengenai peranancangan kerajaan untuk memperluas reformasi institusi, sektor kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan kebebasan institusi-institusi berkenaan.

    MENARIK:  Iran pertimbang tarik diri dari Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear

    Azalina menegaskan antara perkara yang paling penting dalam reformasi institusi adalah perananan wakil-wakil rakyat itu sendiri.

    Justeru katanya, reformasi institusi tidak hanya berlaku kepada pindaan undang-undang yang ada tetapi kepada pelaksanaan supaya undang-undang tersebut menjadi lebih efektif.

    "Itu sebabnya bagi saya dalam perkara ini kita kena tahu bahawa undang-undang bukanlah penyelesaian semua masalah. Tetapi undang-undang yang ada dalam negara kita, institusi yang ada mesti berubah mengikut peredaran zaman," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah