27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahanan rumah: Zafrul mohon kebenaran mahkamah fail afidavit

    Shopee Sale

    Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon kebenaran untuk memfailkan afidavit yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.

    Peguam Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri daripada firma guaman Cecil Abraham & Partners itu menghantar surat berkenaan kepada mahkamah hakim sivil Amarjeet Singh hari ini.

    Minggu lalu, Tengku Zafrul mendakwa terdapat kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjara yang dijatuhkan digantikan dengan  tahanan rumah.

    Menurut surat itu, peguam Tengku Zafrul berkata bahawa mereka mempunyai arahan untuk memfailkan afidavit tersebut bagi menangani secara khusus perenggan 6 affidavit Zahid kerana 'ketidaktepatan fakta' yang dikatakan perlu diperbetulkan.

    “Untuk rekod, kami selanjutnya diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami tidak mengambil sebarang pendirian mengenai merit mengenai pertikaian antara pihak-pihak bertelagah.

    MENARIK:  Skandal Sabah: Tei buat laporan polis, hantar surat guaman kepada portal

    "Anak guam kami hanya ingin memastikan bahawa fakta-fakta diletakkan dengan tepat di depan mahkamah yang mulia ini secara berkecuali," kata peguam itu.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota peguam Najib mengesahkan bahawa mereka telah diserahkan salinan surat berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah