Mahkamah Persekutuan hari inibmengekalkan keputusan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman.
Panel hakim, dalam keputusan 2-1, mendapati bahawa Mahkamah Rayuan mengambil keputusan yang betul dalam membebaskan Syed Saddiq, tahun lepas, daripada pertuduhan bersubahat, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Pemuda Bersatu
Panel hari ini dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais, yang bersidang bersama hakim Mahkamah Persekutuan, Che Ruzima Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah





