28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syarikat pembekal roti ham KK Mart didakwa salah guna logo halal

    Shopee Sale

    Syarikat yang membekalkan roti ham dan keju kontroversi kepada cawangan KK Mart di kampus Universiti Malaya hari ini didakwa atas 12 tuduhan menyalahgunakan logo halal.

    Shake and Bake Cafe Sdn Bhd dan pengarah urusannya Ewe Sarn Yuen didakwa secara berasingan di dua Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya.

    Berita Harian melaporkan Ewe,65, didakwa mengikut Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana membekalkan 366 sandwic yang boleh mengelirukan orang ramai untuk mempercayai bahawa ia adalah halal.

    Ketua MCA bahagian Gopeng itu memohon dibicarakan terhadap enam pertuduhan tersebut selepas ia dibacakan kepadanya di hadapan hakim Noor Ruzilawati Noor.

    Tertuduh didakwa mengikut Perenggan 8(b) perintah yang sama yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8(B) perintah yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Akmal tak puas hati titah adendum tidak sah

    Pada 11 Januari lalu, Universiti Malaya mengarahkan penutupan dua cawangan KK Mart di kampusnya berikutan status halal sandwicnya yang diragui.

    Isu itu kemudiannya menjadi tular dan polemik di media sosial.

    Pada 15 Januari lalu, Syarikat Shake and Bake Cafe Sdn Bhd berkata bahan digunakan untuk produk ham and cheese sandwic itu menggunakan ramuan yang mempunyai sijil halal.

    Syarikat itu kemudian berkongsi salinan sijil Jakim untuk produk didaftarkan atas nama “Chicken Sandwich/ Ayam Sandwic” dan “Emborg burgers slices coloured” bagi kelulusan halal dari Austria.

    Namun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), walaupun seseorang atau syarikat pembekal mungkin mempunyai sijil halal bagi ramuan produknya, keadaan itu tidak secara automatik melayakkan produk berkenaan disahkan halal.

    Isu itu bertambah runcing apabila pada 21 Januari lalu, apabila cawangan kedai runcit KK Mart yang terpalit kontroversi itu menjadi mangsa vandalisme dengan disimbah cat merah.

     

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah