27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek kes tembak di KLIA disambung reman 5 hari, ucap masih sayang isteri

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, membenarkan proses sambung reman terhadap suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 14 April lalu.

    Ia selepas reman selama tujuh hari yang dibenarkan mahkamah pada 16 April lalu berakhir hari ini dan pihak polis membuat permohonan sambung reman bagi meneruskan siasatan terhadap suspek.

    Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri membenarkan reman terhadap Hafizul Hawari, 38, disambung selama lima hari bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. 

    Terdahulu Hafizul tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pasa jam 8.35 pagi dengan memakai pakaian lokap dan dikawal ketat pihak polis.

    MENARIK:  EAIC: Berlaku ketidakpatuhan prosedur perlesanan di DOF

    Ketika dalam perjalanan masuk ke bangunan mahkamah dia beberapa kali mengungkapkan bahawa dia masih menyayangi isteri.

    Suspek turut memberi salam dan berterima kasih kepada pihak media. 

    “Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah