32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah pemergian bonda Tengku Permaisuri Selangor

    Shopee Sale

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda baginda.

    Menurut perkongsian di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar Allahyarham Esah Tahar, bonda Tengku Permaisuri Norashikin, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

    MENARIK:  Zaid kena kecam lepas cadang KJ sertai PAS

    “Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diringankan kesedihan dan dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” menurut hantaran itu.

    Selangor Royal Office menerusi satu hantaran memaklumkan Allahyarham berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Damansara, Selangor akibat sakit tua pada 5.15 pagi hari ini.

    Jenazah Allahyarham Esah selamat dikebumikan di Makam Diraja di Shah Alam, Selangor pada 2.45 petang tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah