29 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Abdullah lancar Majlis Rekreasi Pahang

    Shopee Sale

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis hari ini.

    Baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang bertitah MRP itu, bukan sahaja berperananan mempromosi, membangunkan dan memelihara khazanah alam, tetapi ia juga menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi memastikan ia terpelihara untuk generasi akan datang.

    “Saya sentiasa mengikuti perkembangan penggiat aktiviti rekreasi ini yang sangat aktif sejak lebih dari 10 tahun yang lepas.

    “Sudah tiba masanya segala pengetahuan dan pengalaman dikongsikan, di samping menambah baik fasiliti dan produk pelancongan sukan rekreasi di Pahang,” titah baginda.

    Menurut hantaran itu, keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Fadzli Mohamad Kamal.

    MENARIK:  PRN: Amanah Johor gesa Umno nyata pendirian nak kerjasama atau tidak

    Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah berharap penubuhan MRP dapat memupuk kesedaran anak muda Pahang terhadap kepentingan khazanah alam sekitar.

    “Kesedaran yang luas tentang pentingnya khazanah alam sekitar ini, kerana ia akan menjadi satu legasi ataupun satu tugasan amanah kita, amanah saya, amanah kerajaan untuk diberikan kepada anak-anak muda khususnya anak saya nanti,” titah baginda.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah