31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM tahan Adun, ahli perniagaan disyaki terlibat skandal rasuah Sabah

    Shopee Sale

    SPRM menahan dua individu bergelar “datuk” kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah.

    Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 60-an itu ditahan kira-kira 9.45 dan 11.50 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu dan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

    “Kedua-dua suspek terdiri daripada seorang ahli perniagaan dan seorang Adun  dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2023 dan 2024.

    “Siasatan awal mendapati mereka disyaki saling meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM200,000 antara satu sama lain bagi membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” katanya.

    MENARIK:  Pesawah dituduh menghasut: Hentikan penganiayaan ini - Suaram

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

    Azam berkata seorang daripada suspek yang merupakan ahli perniagaan telah dilepaskan dengan jaminan RM100,000 beserta dua penjamin setelah selesai memberi keterangan.

    Katanya lagi, Adun itu turut dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM50,000 berserta seorang penjamin.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah