24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM siasat bekas pegawai: Teresa utamakan jawatan politik, kata Puad

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi mengkritik Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung siasatan SPRM ke atas dua bekas pegawainya.

    Menurut Puad, Kok nampaknya lebih bimbang terhadap kesan kes tersebut terhadap peluangnya dalam pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP nanti.

    "Teresa beri jawapan salah bila mendakwa siasatan SPRM terhadap dua bekas pegawainya menjejaskan peluangnya dalam pengundian CEC DAP akan datang.

    "Sepatutnya dia dengan tegas berkata yang dia rela kalah dan tanggung risiko karier politiknya malap kerana tidak berkompromi dengan siasatan SPRM.

    "Kini rakyat tahu punca dia tidak melaporkan salah laku dua bekas pegawainya kepada SPRM. Dia 'play safe', jawatan politik lebih penting," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

    Dua hari lalu, Kok bercakap kepada Malaysiakini mengenai kes yang melibatkan bekas pegawainya dan berkata dia percaya ini mungkin menjejaskan peluangnya dalam pengundian parti.

    Puad merujuk kepada penahanan dua bekas pegawai Kok yang sebelum ini menguruskan kewangan dan dana kawasan di pusat khidmatnya  di Seputeh. Mereka meletakkan jawatan tahun lalu.

    Teresa Kok

    Kok juga telah menjarakkan dirinya daripada penahanan tersebut, dengan berkata dia tidak terlibat dalam tindakan SPRM tersebut.

    MENARIK:  BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran

    Namun Kok berkata dia sedia maklum ramai pihak yang tidak berpuas hati dengannya susulan penangkapan tersebut.

    “Mungkin (saya akan) terkesan (dalam pengundian parti) kerana bagi perwakilan DAP yang kenal dengan bekas pembantu saya itu saya rasa mereka mungkin akan gunakan undi mereka untuk undi keluarkan saya atau tolak saya,” katanya.

    Sementara itu, Mohd Puad berkata mempersoalkan kenapa Kok tidak termasuk dalam siasatan SPRM.

    Itulah katanya situasai yang dihadapi oleh Najib Razak apabila pihak lain membuat onar, namun bekas perdana menteri itu dipertanggungjawab.

    “Sekarang Teresa tahu musibah bila pegawai sendiri buat hal. (Dulu) dia hina Najib macam-macam (sedangkan) semua tahu Jho Low buat hal.

    “Biasanya bila pegawai kena siasat, bos juga kena siasat. Kenapa Teresa terkecuali?” soalnya.

    Pada 7 Mac lalu SPRM mengesahkan penahanan dua individu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan rasuah dalam pembekalan papan pintar interaktif ke beberapa sekolah di Kuala Lumpur.

    Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Zainul Darus dipetik Bernama memaklumkan penahanan dua individu tersebut, termasuk seorang pegawai khas kepada seorang ahli parlimen yang tidak dinamakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah