32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Speaker batal penggantungan lepas MP Pendang minta maaf

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini membatalkan penggantungan empat hari sidang parlimen yang dikenakan ke atas Awang Hashim (PN-Pendang).

    Ini selepas Awang mematuhi nasihat Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin untuk memohon maaf kepada Johari dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya yang membawa kepada penggantungan itu.

    Awang: Saya diberitahu digantung empat hari, saya sedia terima. Tapi saya nak penjelasan sebelum keluar dewan, apa salah saya dan saya tak nak speaker buat keputusan secara emosi.

    Johari: Kamu adalah kawan saya. Tapi di sini saya adalah speaker dan kamu perlu menghormati jawatan itu. Apabila saya minta kamu tarik balik, tapi kamu tak nak tarik balik. Saya gantung empat hari. Jadi, Pendang silakan keluar.

    Hamzah yang juga ahli parlimen Larut kemudian meminta Johari menimbang untuk membatalkan penggantungan itu jika Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

    Hamzah: Saya minta Pendang tarik balik. Jangan pertikai. Minta maaf dan tarik balik.

    MENARIK:  Hamzah beri 3 sebab mengapa kerajaan Sabah perlu diubah

    Awang: Okey, saya minta maaf dan tarik balik.

    Johari: Okey, selesai. Larut, teruskan.

    Bagaimanapun, Johari mahupun Awang tidak menjelaskan apa yang diperkatakan oleh ahli parlimen PAS itu yang membawa kepada penggantungannya.

    Terdahulu, Johari membuat keputusan itu setelah ahli parlimen pembangkang membantah ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengucapkan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

    Mereka bertindak keluar dewan bagi menyampaikan bantahan itu namun kembali masuk bagi menyertai sesi perbahasan titah diraja.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah