29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPCAAM: Akaun fleksibel KWSP akan jejaskan pencarum lepas bersara

    Shopee Sale

    Rancangan kerajaan untuk memperkenalkan Akaun 3, atau Akaun Fleksibel, bagi membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan sebahagian caruman bulanan mereka telah menerima kritikan.

    Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menyifatkan rancangan itu sebagai "tidak bertanggungjawab" kerana ia akan memberi kesan kepada pencarum apabila mereka bersara kelak.

    Penasihat buruh antarabangsa SPCAAM Callistus Antony D’Angelus berkata, pencarum KWSP yang akan membuat pengeluaran menerusi akaun itu mungkin kalangan yang "paling memerlukan wang simpanan apabila bersara".

    "Tindakan KWSP bukan saja tidak bertanggungjawab terhadap pencarum, malah terhadap ekonomi.

    "Apa yang akan berlaku kepada mereka yang bersara dan tiada simpanan yang cukup untuk menyara diri mereka ketika persaraan?

    "Beban itu akhirnya akan ditanggung negara menerusi pelbagai cara dan bentuk. KWSP patut mengambil kira implikasi sosioekonomi ekoran keputusan dasar seumpama ini," katanya dalam kenyataan.

    Pada Oktober tahun lalu, Ahmad Maslan yang ketika itu timbalan menteri kewangan memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan sedang memuktamadkan perincian akses pengeluaran bagi akaun tersebut.

    Semalam, laporan New Straits Times mendakwa kerajaan telah memutuskan Akaun 3 KWSP akan merangkumi 10 peratus simpanan akan datang yang dibuat pencarum, yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

    MENARIK:  Lanjutan terakhir buat anak-anak Mahathir isytihar harta

    Menurut laporan itu, ia bagi membantu pencarum yang memerlukan wang sebelum usia persaraan.

    D’Angelus berkata lagi, rancangan ini tiada bezanya dengan langkah "tidak bertanggungjawab" kerajaan sebelum ini yang membenarkan pengeluaran KSWP ketika penularan wabak Covid-19.

    Katanya, kerajaan sebaliknya fokus untuk meningkatkan gaji minimum yang ketika ini di paras RM1,500 sebulan.

    Pada masa ini, simpanan pencarum diletakkan dalam Akaun 1 (70 peratus) dan Akaun 2 (30 peratus). Mereka hanya boleh mengeluarkan simpanan dalam Akaun 1 bermula usia persaraan, manakala simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan sebelum itu tetapi hanya atas sebab-sebab tertentu seperti untuk perumahan dan pendidikan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah