25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sivasangari mara ke separuh akhir kejohanan di Switzerland

    Shopee Sale

    Jaguh skuasy negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025 berlangsung dalam gelanggang kaca terletak di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland pada Jumaat.

    Pilihan ketiga kejohanan itu mempamerkan aksi cemerlang menyingkirkan pilihan kelapan Nada Abbas dari Mesir 11-6, 11-3 pada perlawanan suku akhir.

    Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-11 dunia mengakui sangat berpuas hati dengan strategi permainannya yang disifatkan menjadi kali ini.

    “Sebenarnya saya agak gementar, tetapi saya pastikan sentiasa mendahului mata dan ikut rentak sendiri. Saya elakkan mengikut rentak permainan lawan, fokus kepada taktik dan corak permainan sendiri dan ia berlaku dengan baik hari ini,” katanya menerusi lawan web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.

    Atlet kelahiran Kedah itu dijadualkan berdepan pilihan kedua Tinne Gilis dari Belgium, yang sebelum itu menewaskan Salma Hany dari Mesir 11-9, 11-8.

    -- LAGI

    MENARIK:  SPRM tahan 34 penjawat awam sebabkan ketirisan cukai RM2 bilion

    SUKAN-SKUASY (SIVASANGARI) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

    Sementara itu, dalam satu lagi kejohanan di Washington, Amerika Syarikat (AS), dua wakil negara iaitu perseorangan lelaki Ng Eain Yow dan perseoranganw anita Rachel Arnold masing-masing meneruskan momentum cemerlang melangkah ke separuh akhir Squash On Fire Open 2025.

    Eain Yow selaku pilihan kedua yang tewas set pertama bangkit untuk melengkapkan perlawanan mengatasi Karim El Hammamy dari Mesir 5-11, 11-8, 11-3, 11-3.

    Pemain berusia 27 tahun itu dijadualkan berdepan seorang lagi wakil Mesir, Kareem El Torkeyof yang mengejutkan pilihan keenam Velavan Senthilkumar dari India 7-11, 11-7, 9-11, 11-4, 13-11.

    Rachel yang diletakkan sebagai pilihan keempat mengetepikan cabaran pilihan kelapan Nadine Shahin dari mesir 11-6, 11-7, 11-7 untuk membuat penentuan di separuh akhir berdepan pilihan utama Rowan Elaraby juga dari Mesir.

    Rowan menewaskan rakan senegara Salma Eltayeb 11-6, 11-5, 11-8.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah