25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sim puji Chow laksana projek cetus perubahan nilai hampir RM30 bilion

    Shopee Sale

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow disifatkan sebagai seorang pemimpin berhemah, merendah diri serta cekap dalam melaksanakan dasar, khususnya melibatkan pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang.

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim berkata dalam tempoh dua tahun ini, Chow telah memulakan beberapa projek infrastruktur berskala besar yang disifatkan sebagai pencetus perubahan untuk Pulau Mutiara dengan nilai hampir RM30 bilion.

    Beliau berkata keupayaan Ahli Parlimen Batu Kawan itu bukan sekadar terhad kepada peranancangan atau pengumuman, sebaliknya menekankan pelaksanaan sebenar projek-projek berkenaan.

    “Chow terkenal sebagai seorang pemimpin berhemah tinggi dan merendah diri, namun bagi saya, beliau juga seorang pelaksana dasar yang amat cekap.

    “Pemimpin yang hebat tak perlu maki hamun, sumpah seranah, bising-bising, tetapi menjadi pelaksana kata-kata. Jalan teruih (terus) CM (Ketua Menteri),” kata Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

    MENARIK:  Polis cari warga warga asing larikan anak dari suami

    Sebelum ini, Chow memaklumkan sebanyak 122 projek sambungan dirancang dilaksanakan pada 2026 di Pulau Pinang, merangkumi infrastruktur awam, kemudahan masyarakat serta projek khas ekonomi termasuk Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua (JSD), Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).

    Selain itu, pelaksanaan projek strategik seperti Penang IC Design and Digital Park, Penang Chip Design Academy dan Silicon Research and Incubation Space juga dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta menarik pelaburan syarikat teknologi global.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah