27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saravanan tak jadi teruskan dialog bersama Zamri

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden MIC M Saravanan memilih untuk tidak meneruskan meneruskan debat berkaitan agama dengan penceramah agama, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

    Bercakap kepada pemberita, Saravanan menegaskan keputusan itu dibuat demi keharmonian negara.

    “Saya telah berbincang dan saya telah memutuskan debat ini tak diteruskan demi keharmonian negara,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

    Menteri Perpaduan Negara Aaron Aro Dagang sebelum ini berharap rancangan debat Saravanan-Zamri tidak diteruskan bagi mengelakkan ketegangan dan mengeruhkan hubungan masyarakat berbilang agama.

    Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Saravanan menetapkan 23 Mac untuk berdebat dengan Zamri berikutan kenyataan kontroversi yang membandingkan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam dengan individu yang dirasuk atau mabuk.

    MENARIK:  Tragedi tali air: Pengasuh Mariam Afeeya akui berasa khilaf

    Ia rentetan daripada insiden membabitkan penyampai radio dari Era FM yang didakwa menghina Hindu dengan menarisambil melaungkan “vel, vel”.

    Mereka telah memohon maaf dan digantung tugas manakala siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berjalan.

    Susulan itu Zamri bertindak memuat naik imej teks “sebut Vel Vel tidaklah sampai hilang nyawa orang tetapi apa yang berlaku di kuil Seafield itu pernah jadi penyebab nyawa Adib hilang”,

    Kenyataan itu merujuk kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, yang maut ketika rusuhan di luar kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor, pada 2018.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah