29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saluran paip gas di Taman Puchong Perdana terbakar

    Shopee Sale

    Saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, ibu negara yang dipercayai milik Petronas terbakar kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

    Menerusi penstriman langsung di media sosial, kepulan api kelihatan menjulang tinggi dan mula merebak di kawasan setempat. Ia boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

    Ahli Parlimen Subang dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kebakaran besar berhampiran lebuh raya yang boleh dilihat dari USJ.

    “Pihak berkuasa sedang bertindak dan bomba dalam perjalanan.

    MENARIK:  PRN Sabah: Rundingan BN, PH kini di peringkat akhir

    “Kami gesa orang ramai untuk elakkan daripada berada di kawasan tersebut atas sebab keselamatan dan ikuti kemas kini daripada sumber rasmi untuk arahan selanjutnya.

    “Kekal selamat,” tulisnya.

    Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.23 pagi.

    Dia juga memaklumkan anggota bomba dan jenteranya sudah dikejarkan tempat kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah