34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua pengarah, pengarah jabatan direman, disyaki seleweng dana RM900,000

    Shopee Sale

    Seorang ketua pengarah dan pengarah jabatan kerajaan direman lima hari bermula hari ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000.

    Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

    Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

    “Siasatan awal mendapati dua suspek menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menggunakan peruntukan kewangan berjumlah kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi.

    “Dua suspek juga dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000 untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah pada 29 Jan hingga 4 Feb tahun lepas,” katanya kepada Bernama.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

    MENARIK:  Fattah, Amira menikah 14 Sept ini

    Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang dan pecah amanah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah