32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rumah Putih: Jumlah tarif AS ke atas China kini 145 peratus

    Shopee Sale

    Kadar tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan import dari China kini secara keseluruhannya mencecah 145 peratus, menurut kenyataan Rumah Putih seperti dilaporkan Agensi Berita Qatar (QNA) yang memetik media tempatan.

    Seorang pegawai Rumah Putih mengesahkan kepada CNBC pada Khamis bahawa kadar tarif AS ke atas barangan import dari China kini berjumlah 145 peratus, selepas tambahan tarif 125 peratus dikenakan ke atas tarif berkaitan fentanyl sebanyak 20 peratus yang telah dikuatkuasakan sebelum ini.

    Pegawai berkenaan menjelaskan bahawa kadar tarif 145 peratus itu terpakai bagi semua barangan import dari China.

    MENARIK:  URA: Sukar percaya janji Anwar terkait URA, dakwa Mahathir

    Selain itu, AS turut mengekalkan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas aluminium, kenderaan dan barangan import dari Kanada dan Mexico yang tidak termasuk dalam Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA), di samping 105 peratus tarif kastam ke atas semua barangan import dari negara lain di seluruh dunia.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan penggantungan selama 90 hari ke atas pelaksanaan tarif baharu terhadap beberapa negara lain, sebaliknya memilih untuk menaikkan tarif ke atas import dari China daripada 104 peratus kepada 125 peratus.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah