29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut di Tambun: Rumah rosak, pokok tumbang

    Shopee Sale

    Beberapa buah rumah rosak akibat kejadian ribut di Taman Tambun dekat Ipoh petang tadi.

    Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta memaklumkan beberapa kes pokok tumbang turut dilaporkan dalam insiden berkenaan.

    "Pihak kami menerima makluman mengenai kejadian ribut di kawasan itu daripada orang awam pada 6.44 petang yang melaporkan bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang.

    "Sepasukan pegawai dan anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian dengan pemantauan serta pembersihan kawasan terlibat sudah dimulakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    APM juga telah mengambil tindakan segera memotong kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk dan bilangan rumah yang terjejas masih dikenal pasti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah